" "



//Balqis Ahmad\\
Sahabat Fillah

Sahabat Kerana Allah

Credit: Google Image

Bagi mereka yang telah dijentik halus oleh Makcik Tarbiyah.
Term-term Arab seperti ini.
Usrah.
Ukhwah fillah.
Uhibbuki fillah.
Selalu diguna pakai, bukan?

Nah, namun berapa ramai yang benar-benar hayati?
Adakah saya dan kamu sekarang berukhuwwah (bersahabat) kerana Allah?

Saya sendiri belum cukup sempurna dalam bersahabat.
Muhasabah. *fikir dan termenung seketika*
Moga apa yang dititipkan, aku juga praktiskan.



*****


Sahabat dunia akhirat, saya andaikan dalam tiga ciri utama ini.

Membimbing sahabat ke jalan yang baik. Begitu pula, menarik sahabat dari jalan yang Allah murka. Psst, pssst.. kamu yang haritu, kita sebut tentang sebuah hadith bukan? Aasif jiddan! Sebenarnya, itu adalah dari kalam Allah sendiri. Yang bermaksud;
“Teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang bertakwa.”
(Surah al-Zukhruf, ayat 67)
Atau kata lain, sahabat baik kita di dunia boleh menjadi musuh kita diakhirat. Apabila kamu lakukan kesalahan, dia tidak menjauhi. Apabila kamu alpa, dia ingatkan. Kerana orang yang bergelar sahabat, akan saling menasihati. Kata-katanya menambahkan rasa keimanan. 

Bukan kata-kata yang dicicah sos cili atas disaluti sos tomato. Pedas. Masam. Lagi kita berduka, lagi dia menambah kesedihan. Lagi kita terasa hati, lagi dia api-apikan. Tidak.

Menutup keburukan atau aib sahabat. Teringatkan saya pada waktu kecil-kecil dahulu, bergaduh secuit, sikit-sikit tak nak kawan. Lepas tu, habis dicanang kepada geng-geng, sifulan-sifulan ini begini-begini. Betul, bukan? Namun tidak bagi sahabat-fillah. Aib. Keburukan sahabat sedaya mampu kita jaga.

Tidak mengumpat perihal sahabat. Sahabat salah, boleh tegur. Bukankah tegur itu tanda sayang? Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” 
(Riwayat Ibn Majah)
Ikhlas. Bukan atas dasar rupa, harta, fame, atau apa-apa sahaja yang hanya atas dasar keduniaan semata. Sunatullah dalam kehidupan, kawan ketawa senang dicari tetapi sahabat yang memahami dan bersama dalam kesusahan boleh dikira. Disitu kita boleh lihat perbezaan antara kawan dan sahabat kerana Allah.

Yang lain-lainnya saya kira sebagai perencah dalam persaudaraan kerana Allah. Seperti elakkan daripada selisih faham, mendoakan kebahagiaan dan kejayaan, etc.

Renungi sejenak firman-Nya:
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(Al-Anfal, ayat 63)
*listening to Doa Rabitah by UNIC*

Kita akan dapat merasai kekuatan ukhuwwah itu kerana ikatan akidah Islam adalah sekuat-kuat ikatan. Dari situlah terbitnya ukhwah fillah. Keindahan dalam kita bersahabat-fillah akan terserlah apabila iman yang kuat tersemat rapi didalam hati. 

Tertarik untuk saya kongsikan satu post di Tumblr.

Diriwayatkan bahawa, apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu didunia.

Mereka bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah.

"Ya Rabb.. kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu didunia yang solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami?"

Maka Allah berfirman:
"Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang dihatinya ada iman walaupun hanya sebesar zahrah."
(Riwayat Ibnul Mubarak, Kitab Az-Zuhd)

Seperti mana Al-Hasan Al-Basri pernah berkata; "Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin, kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat kelak."

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis; "Jika kalian tidak menemukan aku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku."

Allahuakbar! Begitu sahabat kita didunia boleh membantu kita nan di akhirat kelak. Hargai dan hayatilah persahabatan kerana Allah, moga di sana nanti kita boleh dipertemukan. Biar diuji seberat mana, tetap sayang pada sahabat. Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak menyayangi sahabatnya sepertimana dia menyayangi dirinya. 

Ana uhibbukum fillah!






Written by The Owner at Friday, January 17, 2014, 6:26 AM ϟ 0 Shout
Basic Arab :



Maaflah, Ana tidak hebat tidak lah pro dalam Lughatul Jannah ini. Masih belajar. Ini sedikit yang ana boleh share ;) Ada yang dapat dari modul, ada juga yang dari kawan-kawan FB.

Sedap nama = Ismun jamil
Selamat datang buat anda = Ahlan bik
Dengan suka cita = Bikullis surur
Baik, terima kasih = Toyyib, syukran
Bagaimana keadaan awak pagi ni? = Kaifa asbahtum?
Selamat petang = Masa ul khair / Selamat petang = Masa un nur?
Bagaimana keadaan awak petang ini? = Khaifa amsaitum?
Silakan semua = Tafaddalu
Silakan = Tafadhol
Saya harap = Arju
 Kami baik dan sihat = Nahnu bikhair walhamdulillah
Dari mana awak datang? = Min aina jik ta?
Awak dari mana? = Min aina anta?
Silakan masuk, saudara = Ya akhi/ukhti, ud khul
Silakan minum = Tafaddal, isyrab
Berapa umur awak? = Kam umruk?
Terima kasih kepada anda = Asykurukum
Terima kasih atas pertolongan anda = Syukran li musa ‘adatik
Terima kasih untukmu = Asysyukru lak
Semoga Allah membalas kebaikkanmu = Jazakallahu khaira
Ya = Na’am / Ya, benar = Na’am, sohih
Baiklah = Hasanan / Tidak = La. / Tidak, salah = La, khoto’
Awak tahu atau tidak? = Anta ta’rif au la’?
Awak pintar = Anta/anti zakiun
Awak semua faham? = Hal antum tafhamun?
Adakah awak tahu? = A ta’rif?
Ya, kami tahu = Na’am, na’rif
Berhenti semua = kifu
Saya juga demikian = Wa ana kazalik
Maaf = Ma'zirah
Berapa harganya? = Kam si'ruhu?
Dimana rumah awak? = Aina baituk?
Akur = Sam’an wa to’atan
Tidak mengapa = La ba’ sa
Tiada apa-apa = La syaik
Saya tidak bermaksud = Laisa min qasdi
Saya meminta maaf = Ana aasif
Mari ke sini = Ta’al huna
Saya lupa = Ana nasit
Sama-Sama = Afwan.
Selamat pagi = Sobahul ful / Selamat pagi = Sobahus surur
Semoga Allah membalas kebaikkanmu = Jazakallahu khaira. Jawab waiyyakum- Dan kpdmu jua
Saya akan hubungi awak = Sa atta Sil bik

Written by The Owner at Thursday, December 12, 2013, 9:09 AM ϟ 0 Shout

Older Post


♥---------------------------------♥

Template: Putry Mirah
All a totally mine.No Basecode okay
Others: ? ? ?

Best view at MR.GOOGLE CHROME,congrat !

Dont Remove The credit ! I will make U Shame.Perkataan Hitam ni boleh padam


Copy Right . All Rights Reserved. Edited By Putry Mirah