" "



//Balqis Ahmad\\
Best ke kahwin muda? :O

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. 
Saya cuma nak share pendapat saya tentang kahwin muda. 'Muda' disini saya takrifkan remaja yang berusia 16-19. Sebab sekarang apa yang saya nampak dalam masyarakat kita sekarang semuanya nak kahwin awal.  Kalau kahwin dengan orang yang confirm dapat menjana masa depan hidup kita, tak mengapa lagi lah kot. Tapi kalau kahwin dengan orang yang hidup dia pun tak tentu hala, duit pun parents bagi, seusia dengan kita lagi what for? Okay maaf ya, ini pendapat dari kaca mata saya sendiri. Sebarang bantahan, boleh masukkan dalam peti inbox.
Rasulullah SAW bersabda:
'Barang siapa diantara remaja yang berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh; aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku.' (HR Ibnu 'Addi)


Ya, sejujurnya kahwin muda ini mempunyai 1001 kebaikan. Terhindar daripada maksiat, itu ini sana sini. Anda boleh listkan, right? But hold on. Kalau kita lihat Malaysia sekarang ini, wajarkah? Kalaulah, usul ini dibawa ke meja perdebatan, saya confirm memihak proksi pembangkang. Sebab?

Ini pendapat saya. Haha, kenapa formal sangat bahasa di atas. Lepak-lepak chill okay? 
1. Tak nak rasa student life ke ?
Bagi saya lah kan, kalau kahwin seawal usia belasan tahun, memang tak dapat lah kan nak rasa student life itu. Its the most favourite 'zaman' for everyone, right? Kalau tanya parents kita pun or alumni-alumni kita mesti dorang selalu cakap ayat ini 'rindu student life'. Student life ini once in the lifetime tahu. Masa sekolah tu tak rasa sangatlah, nama pun sekolah. Kalau peringkat U ini maybe lagi best. Tak tahu nak explain, sebab belum masuk lagi. Haha tapi you have to feel it on your own!So kalau kahwin awal ini, dapat ke nak menikmati student life? I dont think so people. Sebab nanti takut kahwin je kalaulah rezeki dapat anak awal, ha cano tu? Dah pregnant, macam mana nak pergi class and other activities. 
2. Tak nak rasa dapat kerja yang hebat-hebat ke? 
Apa kata kita study hebat-hebat, dapat pointer hebat-hebat, then dapat kerja hebat-hebat, kan? Tak nak ke? Semua orang nak tapi kejayaan itu tak datang bergolek kan. Kita perlu usaha. Dah usaha kita perlu tawakal. Dah tawakal jangan lupa berdoa. Orang kata D.U.I.T , Doa Usaha Istiqamah Tawakal. Saya pegang kata-kata ini sebab bila kita praktikkan inshaAllah, Allah takkan sia-sia kan usaha kita. Kalau saya la kan, sayang macam mana pun pada seseorang itu, saya still rasa nak kerja bagus-bagus, nak beli kereta dengan duit sendiri, nak beli rumah hias cantik-cantik dengan duit sendiri. Betul dop? Sebab hasil usaha kita, of course kita lebih hargainya.
3. Dah sedia ke nak pikul tanggungjawab yang besar?
Seawal usia belasan tahun ini, nak pikul tanggungjawab besar ini mampu ke? Bagi lelaki nak jaga anak dara orang lagi. Macam mana itu ya? Yang perempuan pula kalau air pun tak pass nak buat, apatah lagi masak lauk-pauk yang berat jangan berangan la nak kahwin. Nanti macam mana nak bagi suami makan minum? HAHA GELAK BESAR DISITU. Renungkan, besar tahu tanggungjawab orang yang dah berkahwin ini. Kalau dah ada anak lagi lah besar. Kalau diri sendiri pun tak tertanggung macam mana pula? 
4. Kahwin ni sekali seumur hidup, make it a special.
Kita kahwin sekali je seumur hidup, inshaAllah lah. Bukan sekejap-kejap macam cinta monyet. So, pada saya persiap-siagakan diri itu dulu. Agama, ekonomi, mental dan fizikal ha baru 'sembang' nak kahwin nah. Ya, saya tahu, awak tahu dan semua orang tahu;

'Siapa yang tak nak kahwin?' 

:)

Written by The Owner at Wednesday, January 9, 2013, 7:38 AM ϟ 0 Shout

| Newer Post


♥---------------------------------♥

Template: Putry Mirah
All a totally mine.No Basecode okay
Others: ? ? ?

Best view at MR.GOOGLE CHROME,congrat !

Dont Remove The credit ! I will make U Shame.Perkataan Hitam ni boleh padam


Copy Right . All Rights Reserved. Edited By Putry Mirah