" "



//Balqis Ahmad\\
Iman goes up and down :')



Manusia. Iman seperti 
rollercoaster. Naik dan turun.
Tanya pada diri.
Mengapa kejar duit dan harta, sedangkan kita mengetahui apabila mati
kita hanya berbekalkan amalan?

Kenapa masih cinta pada dunia, sedangkan suatu hari nanti
dunia ini akan hancur?

Mengapa, duhai hati?
Tidak yakinkah engkau suatu hari nanti setiap amalan
kita akan dipersoalkan? 

Setiap satu persatu amalan kita di dunia. 
Yang zahir mahupun yang tersirat di lubuk hati kita.
Mengapa masih memaksa diri meminta cinta daripada manusia,
 sedangkan hati manusia itu Allah yang pegang?

Kejarlah akhirat, lantas dunia akan mengejarmu.
Namun jika kita lebih memilih duniawi, hati kita mudah lupa pada akhirat.
Percayalah pada kehendak Allah SWT.
Perbaiki hubunganmu dengan si Dia.
Yakinlah. Yakinlah. Yakinlah.
Allah itu Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Dia sebaik-baik perancang.
Betul, hati ini perlu belajar untuk menerima dan sabar.
Kerana lidahmu mengatakan kamu redha, tetapi hatimu
masih mencurigai janji Allah.

Perhalusi niat, cita-cita kita adalah untuk akhirat yang nyata.
Namun, jangan kita tinggalkan urusan dunia yang
mampu membantu kita di akhirat kelak.

Jadilah seperti Sang Ghuraba'
Aneh di mata manusia, tetapi tidak pada pandangan Yang Esa.

Awak, betul itu. Iman kita naik dan turun. Kadangkala, kita terasa sangat rajin.
Sempurna yang fardhu, kita tambah hari kita dengan amalan-amalan sunat.
Tak cukup dengan itu, kita mencari peluang untuk bantu rakan-rakan dan keluarga.

 Jiwa terlebih excited, hati begitu tenang. Namun, ada suatu ketika itu kita
merasa ah malasnya.  
Yang fardhu pun rasa berat nak buat, apatah lagi
mahu bangkit untuk lakukan amalan sunat 

dan lain-lain. Pernah tak awak rasa sebegitu wahai sahabatku?

Oleh hal yang demikian, ini peringatan kepada diri saya, awak dan dia. 
Apabila iman mulai menurun, tajdid niat. Renungkan sejenak, untuk apa kita
hidup di dunia sekarang? Apakah pengakhiran bagi kita semua? Patahkan hujah
si syaitan yang berbisik pada diri. Makin kita dekat dengan Allah,
makin
 'power'godaan-godaannya. Justeru, pasangkan tembok di dalam hati kita
dengan amalan tajdid niat dan iman. InshaAllah. Ini adalah salah satu caranya
 untuk kita '
up'kan semula iman dalam diri.




Syukran jiddan for reading. Barakallahu feek ^^




Written by The Owner at Friday, February 22, 2013, 1:10 AM ϟ 0 Shout

Older Post | Newer Post


♥---------------------------------♥

Template: Putry Mirah
All a totally mine.No Basecode okay
Others: ? ? ?

Best view at MR.GOOGLE CHROME,congrat !

Dont Remove The credit ! I will make U Shame.Perkataan Hitam ni boleh padam


Copy Right . All Rights Reserved. Edited By Putry Mirah