" "



//Balqis Ahmad\\
Teguran Comel dari Saya
Assalamualaikumwarahmatuallahiwabahrakatuh :)


Hm kenapa eh? Majoriti orang cakap, perempuan kalau berblogging tak lain dan tak bukan hanyalah untuk meluahkan perasaan. Pada aku, mungkin betul. Yalah, takkan kau nak expect aku luahkan semua di dinding Facebook? Bagi satu dunia tahu macam tu? At least, dengan ada blog ini sesiapa yang berminat nak ambil tahu pasal aku sahajalah baca. Facebook tu hanya tempat untuk aku berkomunikasi dgn member, uptodate dengan hal sekeliling, share news or facts and that is all .Back to main point, blogging. Benda ini sangat subjective la. Boleh ada 2 or 3 maybe 4 tujuan dia. Tapi kalau aku perhatikan mostly post aku memang banyak pasal luahan perasaan. Haha. But then siapa tahu cerita yang aku share ini boleh bagi pengajaran ke nilai murni ke. Paling tidak pun boleh belajarlatar, watak dan perwatakan ke. Okay itu dah sangat melalut. Haha. Hm untuk Islamic post, honestly bukan niat nak tunjuk bajet alim ke apa ke, but itu adalah knowledge yang aku rasa kita patut share dengan orang lain. Ustaz Azhar Idrus ada cakap, manalah tahu dengan sebaris ayat tu mampu mengubah hati seseorang. Sebab hidayah itu milik Allah SWT. KALAULAH aku ada masukkan segala perasaan riak atau takabur atau ujub dalam diri, KALAULAH situation dia, ha jangan segan-segan or takut-takut untuk komen atau message ;) Post hari ini mungkin sedikit berlagha. Well, I'm reaching 15 so I guess I am qualified to talk about this thingy which is; KAHWIN^^ Suka lah tu. Hewhew. Okay enough with that. Perhaps mungkin ada antara kita pernah berdialog sebegini;

Si AI mahu 'future husband' I seorang yang know my right as a woman and as a wife. Romantik. Yang include me in a part of a big decision making. Yang boleh dibawa berbincang. And blablabla.

Si BSaya mahu berkahwin dengan lelaki yang tahu jaga maruah isterinya. Yang sentiasa menghargai segala usaha kerja isterinya. Yang memahami akan isterinya. Defend saya dalam apa jua keadaan. Dan blablablablabla.
Si C (Islamik sikit): Bakal zauj ana mestilah orang yang boleh membimbing ana ke jalan Allah. Yang boleh membuat diri ana lebih dekat dengan Allah. Yang sentiasa menegur dengan baik bila kesalahan dilakukan. Yang membawa ana ke Jannah. Dan blablablablablablabla.

My POV?
Meaninglessmeaninglessmeaninglessmeaninglessandstillmeaningless..

Kalau dilihat situasi sekarang begitu ramai yang post di FB, tweet di Twitter status-status macam itu. Yang hairannya, majoriti buat ini semua dari golongan muda belaka. Baru belasan tahun, belum SPM pun ada. Penuh memenuhi newsfeed, Masya Allah. Tak salah nak mempunyai 'impian' sebegitu, kakak-kakak. Mungkin kalian berhajat kahwin muda, ya? 

Wahai ukhti-ukhti, adik-adik disayangi sekalian, memang tidak salah hendak mempunyai perasaan mahabbah itu. Sesungguhnya perasaan itu sendiri Allah hadirkan dalam hati kita sebagai satu anugerah yang suci. Ya, betul. Itu fitrah bagi sesiapapun. Tapi, cuba tengok diri kita. Sesuaikah sekarang hendak bercintan-cintun? Dah cukupkah persiapannya? Tepuk dada, tanya diri. 


Orang tengok, especially kaum Adam mungkin akan ada yang 'layan' or vice versa. Pada saya? Oh sangat annoyed :/ Kalau dah tak tahan sangat nak nyatakan perasaan, hasrat, impian itu, cukuplah kita mengadu pada Allah SWT. Sebab hati-hati kita ini semua Dia yang pegang. Dia yang menghadirkan perasaan itu dan Dia jugalah yang boleh menukar, menarik kembali perasaan itu. So, think wisely. Bukan apa, apabila seseorang perempuan buat status macam itu, from my observation akan ada lelaki-lelaki komen dan mulalah. Ikhtilat sudah entah ke mana, tidak dijaga. 

Lagi malu kalau melihat perempuan yang update status macam itu dari golongan 'niqabis'. Allohu. 

Sekadar teguran comel dari saya, sebagai peringatan pada diri saya juga. Sama-sama kita jaga imej, okay? Tegur tanda ambil berat. Ambil berat tanda sayang. Ya, saya sayang awak-awak semua. Sama-sama kita chasing for mardhotillah dan striving for jannah. InshaAllah.

Written by The Owner at Thursday, February 14, 2013, 9:06 AM ϟ 0 Shout

Older Post | Newer Post


♥---------------------------------♥

Template: Putry Mirah
All a totally mine.No Basecode okay
Others: ? ? ?

Best view at MR.GOOGLE CHROME,congrat !

Dont Remove The credit ! I will make U Shame.Perkataan Hitam ni boleh padam


Copy Right . All Rights Reserved. Edited By Putry Mirah