Diam aku bukan bererti tidak peduli.
Diam aku ini juga bukan bererti aku sudah berpuas hati.
Apatah lagi berharap tinggi.
Tapi cukuplah dalam diam itu, aku terus meminta pada Yang Esa
agar apa jua keputusan yang bakal tercatit diterima dengan hati
yang lapang dan terbuka.
Kata seorang sahabatku;
Kalau berjaya, ini untuk ummah! Kalau tidak, ada hikmahnya
Allah tidak pernah mensia-siakan usaha hambaNya.Dushhhh!
Menusuk hati.
Kita dah usaha. Kita dah berdoa. Tawakkal saja yang
diperlukan sekarang.Kalau diikutkan hati ingin saja aku menjerit-jerit,
mengeluh, merungut sini sana. Oh apakah result aku?
Oh apa akan jadi? Sini dan sana. Ya Allah Ya Tuhanku.
Sebenarnya jikalau aku ikutkan hati aku itu, sudah-sudah
keadaan aku akan
lebih teruk!
Tension.
Depressed.
Asdfghjkl!
Kamurang ingat aku tak cuak juga ke? Ingat aku sangat
yakin dengan jawapan-jawapan yang aku berikan ?
Apa aku tak pernah bermimpi memegang
slip keputusan pada hari tersebut?
Again asdfghjkl!
Tapi, fikir kembali. Kalau nak susahkan hati itu, buat tak tidur malam,
oho lagi tertekan tahu. Tenang sahaja, teruskan berdoa dan berdoa.
Ingat, semua ada hikmahnya.
Senyum. Dan sebenar-benar-benar-benarnya, belum ada apa-apa
lagi press release berkaitan ini, kan?
Mood: Lagu Patah Hati by Saujana.