" "



//Balqis Ahmad\\
Tis Menjawab Soalan Berbaur Ngorat



Helllo-hello. Apa khabar imanmu? Hari ini entah macam mana, aku ter'saksi' satu geligat seorang hamba Allah ini cuba untuk mengorat seorang Hawa ini. Eh? Yalah, depan-depan cukup.

'Kau ini Balqis overthink ini, mana ada aku nampak budak laki tuh ngorat si ehem tuh. Biasalah tuh, tegur-tegur.'

Okay fine, tak kisahlah aku overthink ke apa. Tapi dari pandangan kaca mata aku, hehs aku kenal sangat kalau someone yang totally stranger (tak pernah ada kena mengena, mutual friends, tanpa urusan dsb) tiba-tiba tegur someone ini. Awal-awal bicara minta kenal dsb. Pfttt.

K lah k lah. By the way, aku still nak share 'ilm nih yang aku dapat dari Kak Aisya Humaira on how kita (muslimat) nak patahkan hujah syaitan yang merasuk ke dalam hati seorang muslimin. (Ok, mengorat lah tuh!)

Soalan pertama: Hai, apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je. Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim (sound mcm teruk je nauzubillah). Boleh kau bayarkan kos tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tahu? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat nih.
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya nih.

Soalan: Awak buat apa tu? Busy ke? Sorry ye ganggu.
Jawapan 1: Eh, taklah. Saya tengah upload gambar je. Kenapa? Nak ajak sembang dengan saya?
Jawapan 2: Aku busy gila nih. Kau ni penyibuk lah. Belah belah.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku nih. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga ikhtilat (pergaulan) sesama muslimin dan muslimat. Lepas baca, saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tahu. Nah, URL dia.

Soalan: Awak, nak nombor telefon boleh?
Jawapan 1: Boleh, nah! 0123456789. Nombor awak apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nih nombor saya. Bukan nombor awak.
Jawapan 3: Maaflah awak. Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon nih, dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardhu 5 kali sehari. Kau mampu? Kalau tak mampu, tak payah ada nombor telefon aku. K.

Soalan: Awak, saya nak kawan boleh?
Jawapan 1: Boleh saja  Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Boleh boleh, kau boleh ada kawan. Minta kat orang lain, bukan aku.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak, padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi, dalam Islam kita ada batasan untuk berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya, tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh. Berhubunglah jika ada urusan atau ada kepentingan yang baik-baik.

Soalan: Awak, awak tau tak awak nih perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
Jawapan 1: Yeke? Eee mana adalah. Saya tak cantik pun. 
Jawapan 2: Eh, mestilah. So?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta, semuanya cantik. Allah itu Maha Cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah, Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya, sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan: Awak, awak asal mana? Duduk kat mana?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je. Area Jusco. Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!  (errrkkk? kalau boleh elakkan pakai bangang)
Jawapan 3: Kenapa nak tahu? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya nih, awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hihihi. Saya pun tak ingatlah. Mesti kita jumpa kat kem ke, pertandingan sekolah lama ke kan? 
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi kain dalam mak aku hari tuh?
Jawapan 4: Ya, kita pernah berkumpul di alam roh, ketika kita beratur untuk masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

Soalan: Awak, saya nak gambar awak boleh?
Jawapan 1: Hehe. Nak gambar tuh buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bugil.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astaghfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah, jumpa dengan mak ayah saya, pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan: Awak, jom keluar nak?
Jawapan 1: Hmm. Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang sana sini aku, baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah, tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti, awak tak boleh dekat dengan saya, kita tak boleh berdua-duaan dengan saya, dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak, ayah dan adik-beradik, saudara-sepapat saya ikut sama.

Soalan: Awak, saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi. Emmm.
Jawapan 1: Saya single juga. Jadi apa ye awak? 
Jawapan 2: Padan muka kau! Haha!
Jawapan 3: Tulah. Kau tuh selekeh sangat. Sebab tuh tade perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak couple dengan saya, adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya, maka saya tak boleh terima ajakan couple awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah. Dan awak perlu tahu, dalam Islam tiada istilah couple melainkan nikah.

Okay see? Korang buatlah penilaian sendiri dalam jawapan-jawapan yang ada.
Berkawan tak salah, asalkan kita tahu jaga batas pergaulan.





Written by The Owner at Friday, July 5, 2013, 11:41 AM ϟ 0 Shout

Older Post | Newer Post


♥---------------------------------♥

Template: Putry Mirah
All a totally mine.No Basecode okay
Others: ? ? ?

Best view at MR.GOOGLE CHROME,congrat !

Dont Remove The credit ! I will make U Shame.Perkataan Hitam ni boleh padam


Copy Right . All Rights Reserved. Edited By Putry Mirah