" "



//Balqis Ahmad\\
Gadis Itu


Gadis Itu.


Dia gadis biasa,
Tiada berkedudukan,
Tidak bergaya,
Tidak mesra,
Dan kadangkala memencilkan diri daripada kelompok manusia.

Dia ketawa,
Namun ketawanya hanya mempamerkan segaris senyuman
Dia menangis,
Namun tangisannya tiada didengari manusia.

Orang berkata;
'Kau sombong.'
Dia tersenyum,
‘Kau berpura-pura baik.’
Dia tersenyum lagi.

Berpaling mukanya ke suatu sudut,
Hatinya bagai dihempap beban yang berat,
Mengalir air matanya. Sayu.
Sungguh, dia bukanlah seteguh Siti Khadijah.
Sungguh, dia tidak sekental Rabiatul Adawiyah.
Sungguh, dia tidak sekuat Fatimah.

Dia bukan yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah.
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
Hatinya kuat berkata;
‘Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia. Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Namun, wanita solehah itu pelengkap dunia - dan pelengkap itu sempurna.’
Dia yang mahu redha Allah.
Dia yang mahu syurga Allah.
Dia yang gigih mahu berdiri di kalangan yang soleh.
Senyum.



Written by The Owner at Sunday, September 1, 2013, 3:21 AM ϟ 0 Shout

Older Post | Newer Post


♥---------------------------------♥

Template: Putry Mirah
All a totally mine.No Basecode okay
Others: ? ? ?

Best view at MR.GOOGLE CHROME,congrat !

Dont Remove The credit ! I will make U Shame.Perkataan Hitam ni boleh padam


Copy Right . All Rights Reserved. Edited By Putry Mirah