" "



//Balqis Ahmad\\
Oops tudung!




Akak-akak, adik-adik yang diciptakan cantik sekalian
Mari kita 'check' gaya tudung kita
Abang-abang, bapa-bapa, suami-suami sekalian boleh turut
Saya nak pesan, saling mengingati 

Dalam surah An-Nur ayat 31, Allah berfirman:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya."
Benar ramai yang bertudung
Tetapi berapa ramai yang benar-benar menutup aurat
Apa kata kita ikut peraturan Allah
Bertudunglah menutupi keseluruhan dada

Pakailah apa jua tudung yang kamu inginkan
Awas, jangan sampai menampakkan leher, camel hump, telinga mahupun sebahagian rambut
Simpan sahaja perhiasan anting-anting kamu itu
Kerana itu milik yang halal

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Tudung singkat sungguh banyak
Yang labuh juga masih mudah dicari
Lilit-lilit juga tidak mengapa
Tetapi jangan labuh dihadapan, singkat dibelakang

Sudah molek bertudung
Jagalah hati daripada riak dan takabbur
Berbatas-bataslah dalam berhias
Khuatir, khuatir sahaja

Carilah redha Allah bukan perhatian manusia. Kajilah peraturan Allah.

Sekadar pendapat dan peringatan daripada saya yang jahil lagi hina ini.
Ilmu Fizik dalam bertudung;

                        
                                                                *Klik untuk tumbesaran

Allah berfirman lagi dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Hindari yang singkat, carilah yang labuh. Lagi labuh, lagi cantiklah sayang.


Written by The Owner at Thursday, December 12, 2013, 9:03 AM ϟ 0 Shout

Older Post | Newer Post


♥---------------------------------♥

Template: Putry Mirah
All a totally mine.No Basecode okay
Others: ? ? ?

Best view at MR.GOOGLE CHROME,congrat !

Dont Remove The credit ! I will make U Shame.Perkataan Hitam ni boleh padam


Copy Right . All Rights Reserved. Edited By Putry Mirah